Sunday, May 3, 2015

'Kerajinan Melampau'

Assalamu'alaikum...

Yosshh! Dah lama tak tulis entry baru. Alih-alih 'Seharian di PICC, Putrajaya'. Neyy.

Kali ini kak yong nak tulis taip tentang satu tabiat ini. Tabiat masa sekolah rendah. Orang sebut benda ini sebagai 'padam buku teks'. Yes. Kak yong dulu, masa sekolah rendah, kak yong teramatlah sayang buku teks. Huisshh. Kata-kata cikgu SPBT, "sayangi buku teks macam anda sayangi diri sendiri," kak yong semat erat-erat dalam hati yang murni ini.

          Kalau akhir tahun, masa nak ambil buku teks untuk tahun seterusnya, kalau cikgu bagi pilih buku teks, kak yong akan ambil buku teks yang betul-betul cantik. Buku yang langsung tidak dicemari apa2 kotoran yang menjolok mata kak yong. Kalau ada muka surat yang diconteng, kak yong akan padam sampai hilang segala jenis luahan hati para senior pada muka surat itu. Dalam hati, membebel tak sudah-sudah. Tak bertanggungjawablah. Tak menghargailah. Sambil itu kak yong berazam untuk menjadi pengguna buku teks yang paling berwibawa pada abad ini. Tak conteng. Jangan bagi koyak.

Nampak tak semangat di situ?



Haha.

Itu kisah lama. Tabiat lama. Bila masuk sekolah menengah ini, semangat itu still ada. Don't worry maa. Tetapi, taklah membara seperti dulu. Tehehe... Dulu memang ingat nak teruskan tabiat sekolah rendah. Tetapi, bila buka buku teks...




Haha. Fuhh. Ini bukan setakat luahan hati. Segala jenis rahsia peribadi ada. Suka jiwa raga hang 'menghighlightkan' buku teks itu. Dah lah conteng guna pen. Huh.


Kak yong padam sikit-sikit sebab kak yong tau, nanti kotoran-kotoran itu akan hilang berbukit-bukit. Malangnya, kak yong terkandas di tengah jalan. Akhirnya semangat kak yong jadi...


lemah.

Mula-mula kak yong terkejut sangat sampai kak yong cakap macam ini dengan kawan kak yong, "huisshh... Diorang highlight buku teks ini?" Kawan kak yong jawab, " alaa... biasalah tu. Takkan awak tak pernah tengok?"

Terkedu.

Salah siapa sebenarnya?

fi hifzillah :)



 

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰