Sunday, June 7, 2015

Sepetang di Bangi Gateway

Assalamu'alaikum...

#throwbacktahapzamanhangtuah

Cerita ini dah berbulan lamanya. Gambar-gambar ini semua bertarikh sembilanbelasharibulanduatahunduaribulimabelas. Kalau nak ikutkan, patutnya entry ini dah dirancang dah lama dah, tapi, hurm almaklumlah, budak asrama *tiup kuku*
          Ok2. Hari itu, tak silap kak yong masa itu kak yong cuti balik wajib asrama. Baba & mama bawa kami 'askar berlapan' pergi Bangi Gateway. Alah, dekat sangat dengan rumah. Dekat sangat? Urmm.. Bolehlah.

       

Kabur. Tangkap gambar dari dalam kereta. Itu pun menjerit-jerit suruh baba bawa kereta perlahan-lahan masa nak balik.



          Kami pergi sekejap sangat. Adalah sempat makan dua jam, shopping lima jam. Ok2 merapu. Masa kami pergi dah petang dah. Lebih kurang dalam jam lima petang.



 Inilah rupa dalamnya. Gambar ini pun kabur. Kalau toleh ke atas, maka terpampanglah pada wajah anda kipas sebesar moyang gajah. Kipas ini ada berapa kerat sahaja. Tapi angin dia, mampu menerapungkan segala semut di bumi Allah ini. Huisshh... Kipas macam ini dah jadi trend sekarang. Masjid2 pun guna kipas macam ini juga.  


Keindahan Bangi Gateway ini diserikan lagi dengan pokok berlampu ala i-City

Lepas itu, mama ajak kami masuk Jaya Grocer. Tak silap kak yong, kak yong tak pernah lagi masuk Jaya Grocer ini. Sebab itulah, masa kak yong masuk, 'kejakunan' kak yong yang selama ini malu-malu kucing nak keluar, tiba-tiba melanda dengan hebat. Oh my..




Banyak barang-barang yang kak yong tak pernah jumpa di mana-mana pasaran sebelum ini. Semuanya nampak unik!


"Hek eleh... Itupun kak yong tak pernah tengok?"



"Tulah. Dia tu yang asyik terperuk dalam rumah. Macam anak dara!"     *erk*  -_-



Dan yang paling menarik perhatian kak yong adalah, dalam Jaya Grocer ini, ada satu restoran, yang mana kita boleh ambil bahan-bahan dalam Jaya Grocer, lepas itu suruh pekerja restoran tu masak. Subhanallah!



Sebelum balik, kami sempat singgah Burger King. Bila semua perut sudah saiz ikan buntal, barulah kita orang terkedek-kedek nak balik. Burpp

Secara kesimpulannya, *ceh* memang best Bangi Gateway ini. Tapi kita orang tak sempat nak teroka sangat sebab waktu maghrib dah melambai-lambai dah. :'(

Jadi, sebagai pengajaran, kalau nak pergi mana-mana pergilah pada waktu yang sesuai, okay ;) ! 


fi hifzillah:)





No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰