Wednesday, September 14, 2022

Empunya

Salam alaik✨

    Macam yang kita tahu, minggu lepas merupakan minggu cuti sekolah. Saja nak cerita, hari Ahad tempoh hari kak yong rasa sedih sangat2 sebab adik2 kak yong (ateh dan ude) dah pulang ke asrama semula. Rasa sedih betul sebab sepanjang hampir tiga bulan kak yong cuti duduk kat rumah ni, memang selalu kak yong tertunggu-tunggu cuti panjang supaya rumah ni boleh lengkap semula tujuh orang adik-beradik. Dan kak yong sedih sebab cuti sekolah minggu lepas barangkali yang terakhir complete 7 orang sebelum kak yong balik kampus awal Oktober nanti.


Monday, September 12, 2022

Mendewasa

Salam alaik🎆

Hai semua! Kah. Lama kan tak post apa-apa? Hehe. Sebenarnya banyak je benda nak tulis kat blog ni, tapi begitulah, antara punya waktu, atau kerajinan saja hahaha 

    Kak yong sekarang ni sedang cuti semester. Dah nak habis dah pun. Less than a month. Lepastu kembalilah saya kepada dunia yang nyata dan penuh kesibukan. Tiada lagi keseronokan bersantai-santai di rumah, bermalas-malasan atas katil... Ahh indahnya kalau hidup ni selamanya macam ni hahahaha

    Kak yong cuti kali ni agak lama jugak sebenarnya. Dan banyak benda yang dah jadi sepanjang cuti ni. Banyak yang kak yong hadapi sendiri, yang mengerti sendiri, yang berdiri sendiri, yang pujuk sendiri. And that's okay man. That's a part of life. Allah doesn't put His servants in sorrow and trials for no reason isn't?🎇 

A dream does not become reality through magic. It takes sweat, determination, and hard work.

Tuesday, September 6, 2022

Kuat dan Gagah

Salam alaik🎈

Seandainya untuk manjadi kuat dan gagah itu semudah memetik bunga, pasti hidup ini akan lebih baik bukan?

    Pasti tidak akan ada lagi gelisah untuk melalui hari esok. Pasti tidak akan ada lagi air mata yang mengalir dipujuk bantal sebelum tidur. Pasti tidak akan ada lagi sakit yang perlu ditanggung sendiri agar tidak menjadi risau. Pasti tidak akan ada lagi yang tersandar di bilik sambil menahan esak agar tidak diketahui orang. Pasti tidak akan ada lagi hati yang bertelagah agar kembali pulih, kembali teguh, kembali menempuh hari-hari yang kian pahit, asal tahu, hidup itu halanya harus ke hadapan.

    Pasti semuanya indah, dan baik-baik belaka. 

"I can't promise the story has a happy ending, Clay. What happens to us, it may only have the senses that we make of it. But i do know that it is in the telling the story, that we learn who we are. And maybe see who we might become." (Dr. Ellman, 13 Reasons Why)

Sunday, April 3, 2022

Peace of Mind

 Salam alaik💫

Gradually, I came to realize that this life isn't a competiton. Hidup ini hakikatnya adalah tentang kebersamaan, bukan persaingan. Tidak perlu berlumba siapa yang tampaknya lebih gah, siapa yang terbangnya lebih tinggi. The journey is ours. We own the story, and everyone's got is the most beautiful :)

          If we are about to be the best, then do it to improve ourselves. For the sake of our own happiness and satisfaction. Bukan nak berlumba dengan orang. It's too exhausting, and lots of hatred. That's true, fastabiqul khairat. But is it a kheir if we end up living in an ungrateful life and troubled mind? And is it even a true kheir that we are competing for?



Friday, April 1, 2022

Bahagia

Salam alaik🤍

monolog;


Yang perlu kau ukir pada jiwamu saat ini adalah-

bahawa bahagia itu senantiasa pada dirimu sendiri.


Meminta pada semesta agar berhenti memberi luluh,

agar sudahlah ngilu disentuh

agar yang terus itu lancar dan teduh,

sama ertinya agar selesai bertumbuh.

Growth and comfort do not coexist.