Thursday, November 22, 2012

Suara Manusia Di Dalam Longkang.

Hari Ahad lepas (18/11/2012)- petang, telah berlaku satu kejadian yang mungkin sukar untuk luput dari ingatan saya.
                                                              bermulalah alkisah... 
   
Ketika kejadian itu berlaku, saya baru sahaja turun daripada kereta yang diletakkan oleh baba di hadapan sebuah rumah corner lot. Ketika itu, saya bersama keluarga mahu ke rumah nenek yang terletak selang tiga buah rumah dari rumah corner lot itu.

     Sedang saya berjalan kaki ke rumah nenek, saya melalui sebuah longkang yang agak dalam ukurannya. Saya dan ahli keluarga lain terdengar bunyi suara manusia berdekatan tempat itu. Pada mulanya, saya dan yang lain hanya menganggap itu datang dari bunyi radio.

     Tiba-tiba adikku ternampak jari yang terkeluar dari arah longkang itu. Dia pun menjenguk ke dalam longkang itu lalu menjerit. " Baba, ada ada orang gila baring dalam longkang! ". Dengan pantas, saya pun jenguk ke dalam longkang, dan ternyata benar kata-kata adik saya itu.



     Tidak lama kemudian, saya terlihat baba dan pak lang saya segera menolong pak cik tua itu yang digelar adik-adik saya 'ORANG GILA'. Akhirnya, pak cik itu berjaya keluar dari longkang itu dengan bantuan dua orang polis (yang dipanggil oleh baba kerana baba tidak larat mengangkat pak cik itu tambahan pula, kakinya tersekat di dalam longkang) .

     Kemudian baba pun menerangkan kepada saya bahawa pak cik itu bukanlah orang gila tetapi dia orang yang bergelandangan. Baba saya kata pak cik itu terjatuh ke dalam longkang agak lama kerana telinganya bertakung air hujan dari pagi itu.

     Sebenarnya, mak lang saya kata dia ada terdengar suara orang menjerit lebih kurang jam 10 pagi. Tetapi, dia tidak mempedulikan jeritan itu kerana dia menyangka itu jeritan dari arah rumah jiran sebelah. Dulu, nenek saya pernah cakap kepadanya yang jiran sebelah itu selalu bergaduh. Rupa-rupanya itu jeritan pak cik itu kerana dia ada cakap yang dia dah banyak kali menjerit tetapi tiada siapa pun  yang dengar.

     Hati saya berasa sayu melihat keadaan pak cik itu. Keadaannya yang lemah dan kurus kering, saya dapat mengagak yang dia sangat lapar ketika itu... :'(

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰