Petang tadi, saya bersama keluarga telah mengunjungi sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju. Mama membelikan saya sepasang sandal@selipar kerana kasut saya yg lama sudah putus. Kemudian, kami singgah di sebuah kedai untuk membeli air penghilang rasa dahaga.
Akibat terlalu ralit menguruskan adik-adik, saya tak sedar yg sandal dibelikan mama ditinggalkan di situ...
Kemudian, kami sekeluarga pun singgah sebentar di rumah nenek. Itu memang sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk singgah ke rumah nenek kerana jarak rumahnya sungguh dekat dengan rumah kami. Seperti biasa, aktiviti yang dilakukan di rumah nenek adalah dengan bermain bersama sepupu-sepupu saya yang lain.
Ketika baru sahaja pulang dari rumah nenek, tiba-tiba saya teringat tentang kasut itu lalu segera bertanya kepada semua orang di dalam kereta bagi mendapatkan kepastian sama ada kasut itu berada di dalam kereta atau tidak. Selepas puas diperiksa, keputusannya hambar (tak ada).
Baba terus memecut kereta ke pusat membeli belah itu semula kerana tempat itu akan ditutup dalam beberapa minit lagi (sambil dimarahi kerana cuai). Sepanjang perjalanan, mulut saya tidak henti-henti meminta agar Allah permudahkan... Huhu...
Tiba di sana, mama terus masuk ke dalam pusat membeli belah itu semula. Tidak lama kemudian kelihatan mama berjalan ke arah kereta sambil memegang sebuah plastik yang berisi kotak kasut.
Alhamdulillah... Akhirnya, sandal kesayanganku itu berjaya dijumpai.... :')

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰