Pada suatu hari Saidina Ali dan isterinya, Fatimah menziarahi bapa mentuanya, Nabi Muhammad. Mereka dapati Rasulullah sedang menangis. Mereka berasa hairan lalu Saidina Ali bertanya, " wahai utusan Allah mengapakah kamu menangis?" Rasulullah berkata, " saya melihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan air menggelegak dicurahkan ke dalam halkumnya. Saya melihat perempuan tergantung, kedua-dua kakinya diikat, tangannya terikat di ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala.
Saya melihat perempuan memakan badannya sendiri, dan di bawahnya ada api.Saya melihat perempuan menggunting badannya sendiri dengan gunting dari api neraka. Saya melihat perempuan yang mukanya berwarna hitam memakan tali perutnya sendiri. Saya melihat perempuan yang telinganya tuli (pekak) matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta. Saya melihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dialaminya.
Saya melihat perempuan kepalanya seperti anjing, kala dan ular masuk kemaluannya atau ke mulutnya dan keluar dari duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka."
Fatimah pun bertanya, "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh wanita-wanta itu?" Rasulullah menjawab, "Wahai Fatimah, perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahram. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suami. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suami dan tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang makan badannya sendiri itu kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
Perempuan yang memotong badannya dari gunting api neraka, kerana memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua kaki, tangan diikat ke arah ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala, kerana dia boleh sembahyang dan berpuasa tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seprti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan ahli pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya."
Na'uzubillah...
*sumber: Catatan Aktiviti Aisyah (siri Young Aisyah), karya- Saridah Hamid & Reja

No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰