Monday, December 10, 2012

Sejarah Di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju

     Petang tadi, saya bersama keluarga telah mengunjungi sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju. Mama membelikan saya sepasang sandal@selipar kerana kasut saya yg lama sudah putus. Kemudian, kami singgah di sebuah kedai untuk membeli air penghilang rasa dahaga.

     Akibat terlalu ralit menguruskan adik-adik, saya tak sedar yg sandal dibelikan mama ditinggalkan di situ...

     Kemudian, kami sekeluarga pun singgah sebentar di rumah nenek. Itu memang sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk singgah ke rumah nenek kerana jarak rumahnya sungguh dekat dengan rumah kami. Seperti biasa, aktiviti yang dilakukan di rumah nenek adalah dengan bermain bersama sepupu-sepupu saya yang lain.

Thursday, November 22, 2012

Suara Manusia Di Dalam Longkang.

Hari Ahad lepas (18/11/2012)- petang, telah berlaku satu kejadian yang mungkin sukar untuk luput dari ingatan saya.
                                                              bermulalah alkisah... 
   
Ketika kejadian itu berlaku, saya baru sahaja turun daripada kereta yang diletakkan oleh baba di hadapan sebuah rumah corner lot. Ketika itu, saya bersama keluarga mahu ke rumah nenek yang terletak selang tiga buah rumah dari rumah corner lot itu.

     Sedang saya berjalan kaki ke rumah nenek, saya melalui sebuah longkang yang agak dalam ukurannya. Saya dan ahli keluarga lain terdengar bunyi suara manusia berdekatan tempat itu. Pada mulanya, saya dan yang lain hanya menganggap itu datang dari bunyi radio.

     Tiba-tiba adikku ternampak jari yang terkeluar dari arah longkang itu. Dia pun menjenguk ke dalam longkang itu lalu menjerit. " Baba, ada ada orang gila baring dalam longkang! ". Dengan pantas, saya pun jenguk ke dalam longkang, dan ternyata benar kata-kata adik saya itu.

Thursday, January 26, 2012

Kisah Kaum Hawa

    Pada suatu hari Saidina Ali dan isterinya, Fatimah menziarahi bapa mentuanya, Nabi Muhammad. Mereka dapati Rasulullah sedang menangis. Mereka berasa hairan lalu Saidina Ali bertanya, " wahai utusan Allah mengapakah kamu menangis?" Rasulullah berkata, " saya melihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan air menggelegak dicurahkan ke dalam halkumnya. Saya melihat perempuan tergantung, kedua-dua kakinya diikat, tangannya terikat di ubun-ubunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

           Saya melihat perempuan memakan badannya sendiri, dan di bawahnya ada api.Saya melihat perempuan menggunting badannya sendiri dengan gunting dari api neraka. Saya melihat perempuan yang mukanya berwarna hitam memakan tali perutnya sendiri. Saya melihat perempuan yang telinganya tuli (pekak) matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta. Saya melihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti  keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dialaminya.
 

Sunday, January 22, 2012

Tahun Baru

Alhamdulillah, sekarang sudah pun tahun baru. Jadi maksudnya sekarang saya sudah darjah pun darjah 4. Sudah dua tahun saya bersama blog ini. Sekarang ini saya tidak ada cerita baru yang mahu diceritakan .