Thursday, December 10, 2020

Masuk Asasi

 Assalamualaikum semua! 😁 sorryyy sebab dah lama sangat tak post :"

    You know, I just enrolled in my foundation studies about 3 months ago. And yeah! Baaanyak sangat benda yang nak cerita! Kekeke

    Tau tak sebenarnya kan, kak yong nak tau buat entri sebelum kak yong daftar dulu. Ala, sebab sebelum kak yong masuk asrama masa form 1 dulu pun kak yong ada buat entri mcm tu kann (HERE! ) (--well pardon me first for the childish-writing there :D) . 

    Jadi kak yong macam berharap nak buat satu entri, nak cerita masa kak yong kemas barang-barang, perjalanan yang jauh, and even my mixed emotions sebelum masuk asasi dulu. Tapi huhu itulah sebab busy sangat masa tu, dengan nak settle documents yang banyak, nak print macam2, nak beli barang, iron baju-- semualah! 

    Oleh itu, memandangkan kak yong pun ada masa sekarang ni (btw kak yong baru sahaja habis cuti sem dan dah start dah pun sem 2 kelmarin, tapi sekarang online kat rumah hihi), jadi kak yong ingat nak cerita lah serba sedikit masa kak yong nak daftar dulu. Tapi mianhae! Kak yong tak banyak gambar yang ada, so kak yong guna gambar2 Insta story kak yong masa nak bertolak haritu kay? 😅

    FYI, pusat asasi kak yong ni kat Pahang. So sebab agak jauh, mama & baba decided untuk bertolak sehari sebelum & bermalam di Kuantan. Kak yong tahu kak yong patut start packing awal sebelum tu, sebab kitorang akan bertolak agak awal- nak elak jem dan barang-barang yang nak dikemas yang sangat banyak. Tapi kak yong tak tahulah kenapa kak yong maaaalas sangat nak packing minggu tu. So haha agak kalut ya, masa nak bertolak tu. Hehe. 


banyak lagi daripada ni sebenarnya pft 🙈

    Btw, bila baba tanya kenapa barang banyak, pft- kak yong agak defensive- "mana taknya, baju2 yang nak pakai bukan macam asrama sekolah dulu- setiap hari baju yang sama & tak perlu pakai banyak pun dalam seminggu tu. Tapi nanti kat uni kan hampir setiap hari dalam seminggu tu agak pakai baju & tudung yang lain, so berapa pasang dah baju kurung & jubah yang nak kena bawa? Eh tapi kan, barang2 kak yong kira sikit ok sebenarnya 💁". But then- bukan semua tudung & baju kurung pun yang bawa tu, kak yong pakai pergi kelas. Kah!

    Bertolak dari rumah pagi, sampai Kuantan petang tu. Alhamdulillah.. Mudah sahaja perjalanan. (Huhu masa nak keluar rumah tu sedih wo. Sebab tahu, bukan sekejap nak pergi belajar ni. Balik pun lagi berapa bulan. Bukan macam kat sekolah dulu, asrama balik 2 minggu sekali huhu.) Lepas tu kitorang singgah rumah nenek kat Hulu Kelang dulu. Salam2 dulu, makan sekejap, minta doa semua, lepas tu baru bertolak pergi Kuantan. 

    
    Malam kat Kuantan tu kami jalan2 sekejap. Makan2. Pusing2 Kuantan. Terkilan jugak sebenarnya sebab Achor dengan Ateh tak dapat ikut. Diorang dah masuk asrama dah minggu sebelum tu. Huhu kalau tak boleh jalan2 sekali ramai2 😕

    Pagi esoknya, terus bersiap2. Tapi nasib baik kak yong daftar petang. So taklah kalut sangat pagi tu. Sempat breakfast dulu, iron baju semua lepas tu baru bertolak.

tengah tahan sedih sebenarnya ni :"(


    Masa mula2 sampai tu kan, ingat lagi, panas teriknya ya Allah😵 Dah lah masa nak masuk main gate tu pun kena tunggu agak lama sebab jammed. Masa tu sambil2 doa janganlaahh dapat bilik tingkat 5 sebab tau dah hostel kat situ ada 5 tingkat. Huhu dulu masa kak yong form 2 dulu pernah jugak dapat dorm tingkat 4, itu pun dah sangat penat ya, hari2 naik tangga fuh. 

    Ramai jugak schoolmates kak yong masuk uni yang sama dengan kak yong ni. Lepas tu kebetulan pulak, hari yang kak yong dijadualkan daftar ni sama dengan hari sorang ex-classmate kak yong masa sekolah dulu ni daftar. Blok yang sama pulak tu. Lepas tu kitorang pun duk berpakatlahh harap2 dapat bilik yang sama (sebab masa form 5 dulu pun kitorang sama dorm, so bestnyaa lahai kalau dapat sama2!).

jeng jeng jeng! (gambar x clear sebb tengah ketaq neves ahaha)

    Btw hahahha sampai sekarang kak yong tak tau apa maksud no. yang atas2 tu. Tapi yang kak yong tau kak yong dapat tingkat 5. Kah! (dah ada instinct dah sebenarnya time madam bagi kunci tu sobsob) Lepas tu kawan kak yong tu dapat tingkat 3. Tak sama bilik sebab kitorang lain course.

    Haha bayangkan macam mana nak angkat luggage(s) tu naik tingkat 5? Fuh. Lepas tu sorang sahaja family member yang boleh masuk tolong angkat barang sebab nak jaga SOP (huhu kesian kat mama time tu :"(  ) nasib baik barang2 kak yong tak berat sangat. I mean mampulah untuk diangkat satu luggage kak yong sorang (dan sempat lah tersadung tangga masa angkat tu sobsob).

    Hahaha btw sampai sekarang tau penat naik level 5 tu! Sebab kak yong ingatkan bila nak habis sem which is dah 3 bulan tu, dah tak penat sangat naik level 5, tapi ahahaha masih sama penatnya setiap hari naik turun pergi balik kelas :") Takpelah, insya Allah ada hikmahnya ni. Dapatlah kak yong exercise sikit otot2 kaki ni kan kekeke.

    Okay lah sampai sini je kut. Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi nantilah ya. Nak ready utk class petang ni. Bye!

    fi hifzillah :)















    

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰