Salam alaik ✨
Erm btw kalau perasan, buku ni kak yong pernah post dalam satu entri masa kak yong form 1 dulu. (klik SINI)
Penerbit : Dubook Press & Publication
Tahun terbit : 2013
Bilangan m/s : 136
Kadar suka : 4/5
Haha buku yang kak yong nak review ni sebenarnya buku second hand. Masa akhir tahun form 1 dulu, ada senior form 5 yang jual buku2 and barang2 yg diorang tak guna dah. Yalah, final year kan. So, kak yong pun time tu belilah buku ni.
Penulis menyatakan buku ini sebagai 'manuskrip' dan bukanlah 'novel' kerana penulis ingin menggambarkan beberapa isu bahasa yang belum selesai sekalipun PPSMI sudah dimansuhkan. Antaranya, mewujudkan kesan makro terhadap polarisasi kaum, jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar yang semakin melebar dan banyak lagi. Konsep penceritaan buku ini berbentuk surat yang dikirim antara beberapa ahli keluarga yang mengandungi mesej2 dan isu2 yang ditampilkan penulis.
So buku ni sebenarnya antara buku yang paling lama yang kak yong pernah baca haha. Walaupun buku ni tak tebal mana, tapi lama gila kak yong nak habiskan buku ni. Sebab content buku ni heavy sikit (tengok sinopsis pun boleh agak khenn,, erm sinopsis buku ni pun kak yong rujuk kat Good Reads sikit sbb tak tau nak cerita macam mana 😅).
Buku ni overall okay ja, cuma bahasa buku ni yang agak tinggi plus content yang agak berat (erm tak taulah kalau kak yong yang rasa payah sebab kak yong baca buku ni time form 1 dulu hehe). So kak yong nak recommend buku ni kepada sesiapa yang mudah hadam bahasa Melayu yang agak tinggi dan berminat untuk baca buku2 yang genre non-fiction macam ni. Dan juga kepada sesiapa yang nak tahu serba sedikit tentang isu2 dalam memperjuangkan bahasa Melayu ni.
fi hifzillah :)
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰