Hingar bingar.
"Woi! Aku kata masuk, masuklah bot ni! Korang nak pergi ke tak nak?"
Bahu mereka ditolak kasar. Namun kebanyakannya masih terpinga2.
"Kenapa ni Mud? Asal marah2 ni?" Belakang lelaki berjaket kulit itu ditepuk perlahan.
"Ni Bangla2 ni. Payah betul. Tak paham bahasa."
"Takpe2. Biar aku settlekan."
Mahmud memandang sahaja gerak geri lelaki berkaca mata hitam itu. Lelaki itu perlahan-lahan mendekati kelompok warga asing yang sedari tadi cuma berdiam diri, lantas membisikkan sesuatu kepada salah seorang daripada mereka.
Tidak lama kemudian, kelompok itu saling berbisik antara satu sama lain. Lima minit selepas itu, mereka mula menapak ke dalam bot kecil itu.
Mahmud cuba menutup riak wajahnya yang kemerahan melihat apa yang sedang berlaku. Manakan tidak, setelah hampir dua jam dia bertekak supaya mereka semua bergerak masuk ke dalam bot itu, rakannya ini cuma berkerja lima minit sahaja. Semua patuh.
Lelaki tadi melurutkan cermin matanya, berbisik kepada Mahmud.
"Actions speak louder than words"
Bibir Mahmud tiba2 mengulum senyuman sinis.
"Oops, not now dude. Not at all"
Lelaki itu pantas menolak kaca mata di batang hidungnya- menoleh ke belakang.
Kelihatan seorang lelaki yang masih mencangkung, merenung kosong ke arah rakan-rakannya yang berhimpit di dalam bot yang sedang bergelora. Lelaki itu berkulit agak cerah berbanding yang lain. Alis matanya yang redup serta rambutnya yang lembut dialun bayu laut membuatkan lelaki berkaca hitam itu sedikit terpana.
'Ke... Kenapa kau?'
Mahmud menepuk bahu rakannya yang kelihatan terpaku.

"Lain kali jangan over confident. Kan dah ternganga. Takpe2 yang ni, aku uruskan". Lengan Mahmud tiba2 direnggut kasar.
"Tak payah." Pantas dia meluru ke arah lelaki yang sedang bercangkung itu dan duduk disebelahnya. Mahmud berkerut hairan melihat tindakan rakannya yang tiba2 berubah. Wajah rakannya itu yang membelakangi Mahmud membuatkan dia sukar untuk menangkap perkara yang sedang berlaku.
"Apa.. Apa kau buat kat sini? Kan aku dah cakap jangan datang" Lelaki berkaca hitam itu berbisik keras.
Dia menoleh sambil tersenyum tawar.
"Aku.. Aku terpaksa. Aku tidak mahu berhutang dengan sesiapa lagi.
Lagipun anak aku.. Anak aku sudah tak lama.. Aku perlu lakukan sesuatu."
Lagipun anak aku.. Anak aku sudah tak lama.. Aku perlu lakukan sesuatu."
Matanya bergenang.
-0833 hrs
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰