Sunday, May 31, 2020

Extreme Room Makeover

Salam alaik๐Ÿ’ž

Salam aidilfitri! Hehehehe alhamdulillah, hari ni dah hari raya ke-8 :)

          Sorry sebab dah lama tak ada benda baru hehhe. Tak ada benda sangat pun nak cerita. Plus, masa nak dekat raya hari tu, dalam dua minggu macam tu, memang busy mengecat. Mula2 ingatkan nak cat bilik kak yong ja, tapi end up habis kitorang cat sekali bilik mama baba, dinding kat tangga, ruang makan dgn ada sikit kat ruang tamu hehe๐Ÿ˜…

           Sebab kak yong pun tak ada idea nak cerita apa, so kak yong cerita lah sikit pasal deco bilik ni. 

            Biasanya kak yong tak syok sangat benda yang sama lama2 hehe. So selalunya dalam sebulan atau dua bulan sekali macam tu memang suka redecorate balik furnitures dalam bilik ni.

            Dulu, masa kak yong form 3, masa lepas habis PT3 dulu, kak yong ada buat extreme room makeover ni (klik SINI). Cuma kali ni, konsepnya kak yong buat putih sahaja. Semuanya. Keke memang cuak jugak mula2 sebab hmm takut kotorla semua benda. Tapi bila tengok sekarang ni- wah. Suka sangat. It really suits with me ๐Ÿ’ž

Ni antara gambar bilik kak yong dulu: 

Thursday, May 7, 2020

Buku dan Genre

Salam alaik ๐Ÿ˜Š

Imma write this here so that whenever I forgot it this'll remind me.

          Reading actually has been my passion since childhood. Maybe sebab dari kecik baba memang suka belikan kitorang adik beradik buku? Ataupun kalau pergi mana2- naik lrt, tunggu number kat klinik etc, memang kitorang suka bawa buku. Haha tak taula. 

          Ataupun sebab dulu baba was a manager @ one of biggest local books publication. So kalau setiap kali ada PBAKL kitorang adik beradik memang akan ikut baba, lepastu baca buku (komik sebenarnya hehe) kat booth sepanjang hari sampai baba habis kerja. Baba pun selalu bawa balik kat rumah banyak buku lagi2 buku2 yang rosak, yang salah cetak sebab biasanya diorang memang akan buang atau jual murah klu buku2 macam tu. 


          Tapi masa kecik2 dulu, mama & baba memang tak bagi baca buku cinta2, jenis cintan cintun monyet, buku genre romantik. Hm sbb kecik lagi kan, so kak yong ikut je (walaupun kdg2 teringin jugak nak baca. btw kadang2 pernah curi2 baca. Budak perempuan kan huhu). 

Wednesday, May 6, 2020

Dua

         "Masuk! Masuk!"

          Hingar bingar.

         "Woi! Aku kata masuk, masuklah bot ni! Korang nak pergi ke tak nak?"

          Bahu mereka ditolak kasar. Namun kebanyakannya masih terpinga2.

          "Kenapa ni Mud? Asal marah2 ni?" Belakang lelaki berjaket kulit itu ditepuk perlahan.

          "Ni Bangla2 ni. Payah betul. Tak paham bahasa."

           "Takpe2. Biar aku settlekan."

Monday, May 4, 2020

I Wanna Remember It All

Salam alaik.

          Erm selama 18 tahun kak yong hidup ni, banyak benda dah jadi (ceh). Usually kak yong x sedar sangat benda2 yg berlalu ni. Tapi bila kak yong sembang dengan mama baba, dengan adik2 kak yong terutamanya pasal semua cerita masa kecik2 dulu- baru kak yong sedar, banyaknya benda yang dah tinggalkan kak yong selama ni.

          Kenangan2 yang cuma bergantung pada ingatan yang ada.


Sunday, May 3, 2020

Pedagogi Bahasa Tertindas (Zul Fikri Zamir)

Salam alaik ✨

Erm btw kalau perasan, buku ni kak yong pernah post dalam satu entri masa kak yong form 1 dulu. (klik SINI)

Penerbit : Dubook Press & Publication
Tahun terbit : 2013
Bilangan m/s : 136
Kadar suka : 4/5

Haha buku yang kak yong nak review ni sebenarnya buku second hand. Masa akhir tahun form 1 dulu, ada senior form 5 yang jual buku2 and barang2 yg diorang tak guna dah. Yalah, final year kan. So, kak yong pun time tu belilah buku ni.

Saturday, May 2, 2020

Bon Sens

Salam alaik

monolog;

Andai tidak enak, buang.
Andai jengkel, pergi.
Tidak perlu canang benci.

Friday, May 1, 2020

Alahai

Salam alaik <3

(this's really made my day)

Tadi, masa solat terawikh ramai2, Muhammad asyik minta nak jadi imam, sebab abang2nya semua jadi imam. Achor, ateh, uda-- semua gilir2 jadi imam terawikh & witir.

          Habis je setiap solat mesti Muhammad cakap, "ha. Biar Ahmad pulak jadi imam lepas ni". Setiap kali tu jugaklah kitorang dok cakap dengan dia, "Ahmad kena tunggu besar sikit", "Ahmad kena habiskan iqra' dulu",, haha banyak kali kitorang jawab dengan dia setiap kali dia minta nak jadi imam (dari semalam sbnrnya dia dok tanya kenapa dia tak boleh jadi imam) ๐Ÿ˜ช

 Muhammad, Najat & Hanaa