Friday, March 27, 2020

Dracula (Al-Ghazali)

Salam alaik :)

Ok buku yg kak yong nak review ni sebenarnya antara buku favourite kak yong. Untuk makluman, genre buku ni fiksyen sejarah. Jadi penulisan fiksyen sejarah ni lazimnya mmg diselitkan imaginasi penulis dengan tujuan utk melancarkan pembacaan dan menanam minat pembaca kepada sejarah.

          So kita sebagai pembaca diharapkan dapat menilai novel yg bergenre mcm ni sbg pintu rumah sahaja kepada rumah sejarah yg lebih besar dan luas, okay? 😁



























Penerbit : PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Tahun terbit : 2015
Bilangan m/s : 263
Kadar suka : 5/5

Buku ni sebenarnya klu nak ikutkan dah lama dah ada kat rumah kak yong ni. Tapi, tak taulah kenapa kak yong mcm x minat sgt dgn buku ni dulu. Sampailah masa form 4 dulu, kak yong tiba2 rasa nak baca pasal Dracula ni. Ya Allahh time tu kak yong rasa kenapalah tak baca buku ni awal2 . Best sangatt 😭

          So macam tajuknya, obviously kita mmg akan tahu, novel ni mengisahkan tentang sejarah Dracula ni sendiri. Kalau yg biasa kat kartun2 tv, cerita2 yg kita selalu dgr, Dracula ni digambarkan as raja pontianak yg hauskan darah kan? Lepas tu Dracula ni kita selalu tengok biasanya siang tidur dalam keranda, malam bangun cari darah 😂
          Dracula ni atau nama sebenarnya Vlad III Dracul merupakan seorang raja yg sangat kejam, yang memerintah wilayah Wallachia, Transylvania. Huhu sebab tulah ada cartoon Hotel Transylvania yg pasal Dracula tuu. Based on true story apparently ahaha

           Dan yang paling mengejutkan bagi kak yong, Dracula ni atau nama gelarannya Vlad the Impaler, pernah jadi kawan persekolahan Sultan Muhammad Al-Fateh dan adiknya merupakan pembantu khas baginda sendiri. Dalam buku ni juga ada diceritakan macam mana  pertembungan tentera Dracula ni dgn Empayar Uthmaniyyah. Fuhh

           So utk yg nak tau macam mana pengakhiran Dracula ni dan kebenaran cerita2 yg kita selalu tengok kat tv pasal Dracula, kenapa Dracula suka darah semua tu, boleh lah ya dapatkan buku ni. Highly recommended

             pfft sbb cerita Dracula nilah kak yong teringin sangat nak pergi Transylvania ahahaha


fi hifzillah :)
           

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini đŸĨ°