Monday, November 27, 2017

Hikayat Satria Satria Sejati : Generasi Baru (Hilal Asyraf)

Assalamu'alaikum kalian~

























Penerbit : Hilal Asyraf Resources
Tahun terbit : 2017
Bilangan m/s : 482
Kadar suka : 5/5

          Sekali lagi kak yong nak ulas buku Hilal Asyraf. By the way, buku Pemburu *SINI yang kak yong ulas hari tu, ada sambungannya tau. Kalian bolehlah beli - Surihati Encik Pembunuh. Kak yong dah beli, cuma tak berapa minat sebab ada scene romance. Tapi kalian jangan risau, semuanya romance yang halal. Hehe. Cuma kak yong memang jenis yang tak suka sangat. But, kak yong masih syorkan untuk kalian buku tu, sebab intipati masih mantap- dalil2, nilai2 murni yang sarat dan banyak lagi.

          Okay. Buku ni sekali lagi dibeli oleh adik kak yong, Abang Chor- fyi, dia memang minat buku2 Hilal Asyraf ni, jadi semua buku Hilal Asyraf dia yang beli. Kak yong lebih minat buku ni berbanding buku2 Hilal Asyraf yang kak yong dah baca sebelum ni sebab jalan ceritanya. Pergh, mantap.

Saturday, November 25, 2017

Pulang

Salam alaik.

Aasif. Lama kak yong menyepi. Something happened. Datuk kak yong, pulang. Pulang ke kampung halaman. Selamanya. Ah, kalian mengerti bukan?
       

           Pemergian datuk memberi penangan yang sungguh hebat. Nenek, terutamanya. Manakan tidak, kehidupannya yang sentiasa ditemani suami di sisinya- tambahan pula ketika datuk agak uzur sebelum ini, datuk sentiasa mengekori nenek ke mana sahaja- nenek menjadi sepi. Nenek sudah tidak seceria dahulu. 

Wednesday, November 8, 2017

Satria Hitam

Salam alaik!

 Heyy  a new wonderful baby dah sampai! Baru petang tadi. Satria Hitam namanya;


tadaaa!

          Sejak Sang Sagaa rosak*, kak yong macam- aish. Sayang betul. Jalan2, tapi tak menyempat nak tangkap gambar. Jadi kak yong nekad nak kumpul duit sendiri- beli baru. Baru rasa penat lelah nak dapat duit tu. 
         

DIY Room Decor

Salam alaik~

        Kak yong baru-baru ni ada buat diy room decor. Ok. Ini hakikatnya tindakan beranimati sebab kak yong mengecat! Hey, doesn't it looks serious? Kak yong memang suka sungguh bab2 menghias ni. Dan memang sebelum ni kak yong selaluuu menghias bilik kak yong. But kali ni kak yong dah buat hiasan yang kekal! Haha

*lap peluh

          Memang cuak sikit tau mula2, sebab kalaulah tersalah, cat mana boleh padam. Kadang2 kak yong suka search bilik2 yang lawa kat internet. Buat tatapan dan berangan. Memang hobi kut kadang2 dok tengok orang putih hias bilik depa. Lawa sungguh! 

Monday, November 6, 2017

Satu

Dia menapak perlahan. Mukanya yang pucat diusapnya berkali-kali. Tangan kanannya berpaut lemah pada dinding sambil bergerak perlahan ke arah satu suara yang amat dikenalinya. Suara merdu yang sering menjadi penguat semangatnya. Suara itu yang sering mendorongnya tatkala dia hampir tersadung putus asa di atas jalan perjuangan ini.
          Asrama yang sedang sepi ini- ketika yang lain sedang enak diulit mimpi- menyebabkan suara merdu itu bergema indah memecah kesunyian malam. Gadis ini semakin tidak sabar. Dia mempercepatkan langkahnya walaupun sudah beberapa kali dia hampir tersadung. Rindu.
          "Wiyya"
          Gadis pucat itu menghela nafas perlahan. Musolla ini terasa jauh benar perjalanannya