Friday, May 27, 2016

Menjadi seorang pelajar

Assalamu'alaikum~

Tadi, kak yong tolong mama key-in markah. Anak cikgu, benda2 macam ini kira biasa- tanda kertas, tolong buat laporan. Heheh. Kak yong suka apa. Kadang-kadang kak yong yang minta :p
       
          Yalah, masa balik rumah inilah waktu yang kita nak bagi mak & ayah kita rehat, kan? Kalau tak bila lagi? Dahlah jarang balik. Masa-masa macam inilah nak buat pahala banyak-banyak ;)

          Ok2. Tadi, masa kak yong tolong k/i, kak yong ada buat untuk budak2 yang kelas 'depan'. Huish.. Lawa2 nombornya. sederet angka satukosongkosong. Haha. Senang ek subjek ini, dik? Sambil k/i kak yong tersenyum sorang2. Lama rasanya tak dapat result dengan nombor2 cantik macam ini. Haha. Rindu.

Thursday, May 26, 2016

Doa.

Assalamu'alaikum~

Entri ini sewajarnya ditaip pada semalam, pada tarikh yang penuh bermakna. Tetapi atas dasar kealpaan duniawi *astaghfirullah* maka secara tidak langsung, kak yong terpaksa menangguhkan pada hari ini. Itupun setelah berkali-kali hati kecil ini memaksa jari-jemari kak yong yang kelihatan sungguh lesu lagi tidak bermaya pada waktu ini. Duhh.
          Baiklah, diiringi dengan kata-kata semangat bahawa masa itu pedang, sambil telinga dibuai lembut dengan rentak piano daripada Yiruma, kak yong mulakan. 

Yeah!
                       

(penggunaan 'aku' terpaksa digunakan agar struktur ayat menjadi lebih gramatis.eceh)