Salam alaik :)
Genre: fiksyen, pengembaraan, drama, sastera Indonesia
Penerbit: Grasindo
Tahun Terbit: 2005
Bilangan m/s: 381
Kadar suka: 5/5
Okay sebenarnya kak yong quite excited nak review buku ni sebab baru habis baca tadi, plus vibes buku ni ala2 buku Negeri 5 Menara (my fav book ever anw). Inspiring.
Ringkasnya, buku karya dari negara seberang ini menceritakan sekumpulan sahabat rapat kecil iaitu Arial sebagai yang paling segak, Riani gadis ayu yang pintar, Genta yang dianggap ketua, Zafran yang penuh puitis lagak penyair, serta Ian yang kata penulis- paling 'bengkak' tubuhnya dan penggemar tegar Indomie. Perjalanan cerita bermula apabila mereka yang suka mencuba pelbagai perkara dan berdiskusi riang tentang segala hal ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak bertemu dan berhubung selama tiga bulan kerana ingin keluar dari gua mereka mereka berlima dan melihat dunia luar yang lebih luas. Pertemuan mereka yang penuh rindu setelah tiga bulan akhirnya diraikan dengan perjalanan mendaki Gunung Mahameru, puncak tertinggi di Pulau Jawa, yang penuh cita-cita, cerita dan cinta.
Penulis berjaya memahat sebuah cerita yang penuh inspirasi dan membawa perspektif pembaca bagaimana cita-cita dan persahabatan mampu mengubah segalanya. Penulis melakarkan keindahan Gunung Mahameru dengan baik sekali. Jujurnya, kak yong agak meremang ketika membaca beberapa bahagian cerita penulis mengenai pemandangan geografi dan mitos penuh misteri gunung ini, sehingga kak yong perlu merujuk beberapa travelog para pengembara yg mendaki Mahameru untuk mendapatkan gambaran sebenar dan mengurangkan suspen huhu.