Salam alaik :)
Alhamdulillah, hari ni dah hari kelima Ramadhan. Alhamdulillah. Ermm kak yong nak share pasal satu buku yang kak yong tengah baca sekarang ni. Tak nak buat review pun. Saja nak cerita2 pasal buku ni.
Alhamdulillah, hari ni dah hari kelima Ramadhan. Alhamdulillah. Ermm kak yong nak share pasal satu buku yang kak yong tengah baca sekarang ni. Tak nak buat review pun. Saja nak cerita2 pasal buku ni.
Hayatus Sahabah
Erm buku ni kak yong dapat masa bertanding kat mana ntah. Lama dah dapat. Tapi time PKP ni baru rajin nak baca hehhe
Hayatus Sahabah ni sebenarnya terjemahan kitab Suwarun min Hayati ash-Shahabah oleh Dr. Abdul Rahman Ra'fat Al-Basha. So macam yang boleh baca daripada tajuknya, basically buku ni menceritakan tentang kisah beberapa sahabat Rasulullah SAW.
Dan mostly para sahabat yang ditampilkan kisahnya dalam buku ni adalah sahabat2 (RA) yang jarang atau tidak pernah kita jumpa kisahnya. Antaranya:
1. 'Umair Ibnu Wahab
2. Tsumamah bin Utsal
3. 'Amru bin al-Jamuh, dll.
Ni antara page yang kak yong suka sangat dalam buku ni. Page ni tentang Abdullah bin Mas'ud, seorang sahabat yang sangat arif tentang kitab Allah. Beliau merupakan orang Islam pertama di dunia yang memperdengarkan bacaan Al-Quran di khalayak ramai selepas Rasulullah SAW.
Masa ni Umar al-Khattab bertembung dgn rombongan Abdullah bin Mas'ud dalam satu perjalanan waktu malam. Sebab dalam gelap, Umar al-Khattab ni tak dapat nak cam siapa yang diorang bertembung. So Umar RA pun suruh ahli rombongannya tanya beberapa soalan kat rombongan tu. Dan semua soalan yang ditanya dijawab jelas oleh Abdullah bin Mas'ud.
Antara soalannya- ayat alQuran manakah yang paling jelas, ayat alQuran manakah yang paling menggerunkan, ayat alQuran manakah yang paling menyeluruh,, dan yang paling kak yong suka-- ayat alQuran manakah yang amat membangkitkan rasa berharap terhadap rahmat dan keampunan Allah. Jawapannya dalam surah Az-Zumar, ayat 53.
Bila baca buku2 macam ni, baru kak yong sedar, banyaknya benda yang kak yong tak tau tentang susah payah sahabat, tentang Rasulullah SAW.
Kak yong lagi banyak tau pasal Korean idols daripada mereka yang berdarah, bermati2an sampai Islam boleh ada hari ni. Haih kata nak jumpa Rasulullah SAW akhirat nanti, kata nak mati dalam Islam dan iman, tapi kisah2 dalam Islam sendiri pun banyak yang masih lopong.
Allahu akbar..
Semoga kita semua sentiasa dijauhkan daripada kelazatan maksiat dan dikurniakan kelazatan dalam beribadah kepada Allah SWT. Ameen :')
Okay kak yong nak pergi siapkan berbuka. Happy iftar ✨
fi hifzillah : )
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰