Friday, December 27, 2013

Selamat Datang 2014!

Hanya beberapa hari sahaja lagi angka tahun akan bertukar. Itu bermakna sesi 2014 akan bermula. Saya sengaja nak post ucapan tahun baru awal2 sebab tahun hadapan saya tak payah buat dah. Mungkin saya dah jarang post sesuatu di blog ini tahun hadapan kerana satu cabaran baru akan bermula. Cabaran yang amat sukar... UPSR dan PSRA!

Sunday, December 8, 2013

Pindah Rumah

Rumah saya sudah bertukar wajah... Daripada almari yang dipenuhi buku2, bertukar menjadi almari yang dipenuhi habuk dan tidak terisi apa2. Adakah itu bermakna buku2 di rumah saya sudah dihapuskan? Tidak. Perkara itu tidak akan terjadi dan tidak mungkin terjadi. Insya Allah... Buku2 itu diletakkan di dalam kotak2 yang kini sudah memenuhi rumah saya. Itu tandanya... Jeng, jeng, jeng... Saya akan berpindah!!! Apakah perasaan saya? Tak payah tanyalah. Confirmlah sedih tidak berlagu. Saya dah duduk di Hulu Kelang ini 8 tahun. Fuhh... Satu tempoh yang amat panjang... :'(

Friday, September 27, 2013

Projek Sekolah

Ermm.. Memandangkan sekarang saya sedang sibuk buat projek sekolah, jadi cerita kali ini bertopik 'PROJEK SEKOLAH'.

        Akhir-akhir ini, cikgu selalu suruh  suruh buat projek sempena PKSR 2 kali ini. Sekarang, cikgu suruh buat dua buku skrap. Lepas itu, ada projek tentang Kemahiran Hidup. Kami sekelas kena jual barang berdasarkan topik akhir buku teks secara berkumpulan. Kesimpulannya, kami akan menjadi 'usahawan cilik sementara'. Baru darjah lima, nanti kalau masuk tingkatan lima?

Saturday, July 6, 2013

"Hangpa ada nampak tak sepupu aku..."

Haa... saya nak cerita sikit. Kalau teringatkan kejadian itu, rasa nak tergelak ada, kasihan pun ada...

      Hari itu, saya pergi rumah sepupu saya, kat Pulau Pinang. Sebab baba ada program di Ipoh. Pada suatu masa..(cehh), saya sedang tidur, tiba2 terjaga sbb terdengar suara2 sumbang yang mengganggu tidur ku yang lena. Saya turunlah bawah. Saya tanya mama, apa yg terjadi..

     Rupa-rupanya, sewaktu saya sedang buat tahi mata kat atas,satu taman (di rumah sepupu saya) itu, kecoh semata-mata saya seorang. Semua ingat saya dah hilang.

Tuesday, June 4, 2013

Juara Pertandingan

Alhamdulillah... Hari itu adalah hari yang bersejarah bagi saya... Telah berlangsungnya pada hari tersebut beberapa pertandingan di Pasti Al Ilmi, Taman Permata. Saya telah menyertai pertandingan mahir jawi dan pertandingan mewarna. Kedua-dua pertandingan tersebut saya mendapat juara. Bagi pertandingan mahir jawi dapat sebuah rak kecil dan pertandingan mewarna dapat basikal.

           Oh... Berkenaan basikal, itu satu-satunya barang yang saya inginkan dari kecil. Saya berasa malu bila kawan-kawan dah pandai bawa basikal dan saya pula langsung tak pandai. Mereka mesti gelakkan saya. Bila saya nak kumpul duit, mama kata biar mama yang belikan. Tetapi, bila mama yang beli, banyak pula syaratnya. Antaranya: dapat no 1 dua2 sekolah waktu darjah dua. Syarat itu saya tak dapat penuhi.