Monday, December 10, 2012

Sejarah Di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju

     Petang tadi, saya bersama keluarga telah mengunjungi sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju. Mama membelikan saya sepasang sandal@selipar kerana kasut saya yg lama sudah putus. Kemudian, kami singgah di sebuah kedai untuk membeli air penghilang rasa dahaga.

     Akibat terlalu ralit menguruskan adik-adik, saya tak sedar yg sandal dibelikan mama ditinggalkan di situ...

     Kemudian, kami sekeluarga pun singgah sebentar di rumah nenek. Itu memang sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk singgah ke rumah nenek kerana jarak rumahnya sungguh dekat dengan rumah kami. Seperti biasa, aktiviti yang dilakukan di rumah nenek adalah dengan bermain bersama sepupu-sepupu saya yang lain.