Sunday, February 13, 2011

2011 Datang...

Kini 2011 bermula,

Saya sudah 9 tahun,
Banyak perkara yang sudah saya lalui, seperti dalam matapelajaran MT, harus hafal sifir, dari sifir1-9. Kemudian ketika Pendidikan Jasmani, saya sedang bermain bola tiba2 ada seorang budak bernama Zaidan (budak baru tahun ini, lelaki, sekelas dengan saya), tertendang bola dan terkena kepala saya.



          Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya kepala waktu itu. Kalau dalam cerita kartun, mesti kepala saya dah keluar bintang. Dua tiga orang budak lelaki mentertawakan saya (termasuk Zaidan). Huh, bukan nak minta maaf pun. Saya berasa marah tetapi, bukankah sabar itu sebahagian daripada iman (dalam keadaan sakit kepala, sabar~). Dan banyak lagi yang saya  perlu harungi dengan sabar....

La tahzan, rabbuna ma'ana~ :D


1 comment:

  1. Sabar kak Yong... sabar itu sebahagian daripada Iman...

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan komen yang terbaik untuk entri ini 🥰